Sabtu, 4 Disember 2010

Himpunan Mutiara Kata Dan Hadis Nabi

Kategori : keagamaan dan falsafah


"Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi"
- Hadis Riwayat Ibnu Asahin

"Sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana. "
- Menurut Syibab Ahmad
Pengetahuan bukanlah apa yang dihafal. Pengetahuan adalah apa yang memberi faedah."
- Imam Shafie

"Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta nasihat menasihati di atas kebenaran dan kesabaran"
- surah Al-Asr Ayat : 1-
"Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya"
- Hamka

"sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi. "
- Menurut Sayyid Ahmad Dahl
"Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amalan hamba, melainkan apabila ianya diniatkan ikhlas untuk-Nya dan hanya mengharap keredhaan-Nya.” "
- H.R. Imam al-Nasa’I dari Abu Umamah al-Bahili r.s.

"Jauhilah kemarahan kerana syaitan menguasai anak cucu Adam dalam keadaan dia marah"
- Rasullullah S.A.W bersabda
"Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang ingin dilapangkan rizkinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia menyambung tali silaturrahim"
- HR. Bukhari

"Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah.Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan kepada agama sudah mulai tegak.Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerena hendak mengetahui ajaran-ajaran agama"
- Hamka
"Rasulullah SAW bersabda : “Sungguh, seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, niscaya kalian akan diberi rezki sebagaimana rezki burung-burung. Mereka berangkat pagi dengan perut lapar, dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang"
- HR.Ahmad,Tirmidzi,Ibnu Majah,Ibnul Mubarak,Ibnu Hibban,Al Hakim,Al Qudha’i dan Al Baghawi dari ‘Umar bin Khaththab r.a

Dan (setelah itu) diwahyukan kepada Nabi Nuh: "Bahawa sesungguhnya tidak akan beriman lagi dari kaummu melainkan orang-orang yang telah sedia beriman. Oleh itu, janganlah engkau berdukacita tentang apa yang mereka sentiasa lakukan.

Surah Hud ayat 36

Jumaat, 3 Disember 2010

Dunia Pendidikan

Kelas 2020: Sekolah lemah dipantau

KERAJAAN akan membantu sekolah yang kurang berdaya maju untuk melaksanakan impian kelas 2020, melalui program penambahbaikan pencapaian sekolah, dengan fokus memperbaiki pencapaian pelajar, dan menjadikan semua sekolah berprestasi tinggi menjelang tarikh keramat itu

Bilangan guru berijazah ditambah

KERAJAAN akan meningkatkan lagi guru berijazah di sekolah menengah daripada 89.4% dalam tahun 2009 kepada 90.0% menjelang tahun 2015

Pilihan raya ketua murid dilarang
KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) mengarahkan agar perlaksanaan sistem pilihanraya bagi memilih ketua murid di sekolah-sekolah seluruh negara dihentikan dengan serta-merta



Psikologi Kanak-kanak
Contributed by Administrator
Friday, 06 March 2009
Pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak membawa banyak faedah kepada guru. Setiap
sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan mencapai objektif matlamatnya seiring dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
IMPLIKASI ASPEK PERKEMBANGAN TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU DALAM BILIK
DARJAH Mengikut Kalat (1999), ahli psikologi bukanlah terdiri daripada mereka yang membuat kajian tentang
bagaimana menguasai pemikiran orang lain atau menipu orang lain. Tetapi bidang psikologi adalah ilmu yang
memahami diri mereka sendiri, membantu individu memperbaiki diri sendiri supaya dapat mencapai matlamat atau citacita
mereka dalam norma-norma kehidupan seharian. Pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak
membawa banyak faedah kepada guru. Setiap sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan mencapai objektif
matlamatnya seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara faedah utama yang dapat membantu dan
membentuk pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah menyediakan isi pengajaran yang sejajar dengan keupayaan
mental murid-murid. Kandungan isi perlu dirancang terlebih dahulu dan dikaji keberkesanannya agar mencapai
matlamatnya. Guru juga perlulah menyediakan objektif yang sesuai arasnya mengikut tahap individu murid dan
menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang membantu kepada perkembangan jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) berkenaan hendaklah yang bermakna dan
menyeronokkan. Ini dapat membantu penglibatan setiap individu murid dalam aktiviti yang dirancang sama ada di dalam
bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Aktiviti senaman yang dirancang perlulah sesuai dengan perkembangan individu
murid. Contohnya seperti berlari, melompat, menendang dan sebagainya. Dalam pada itu, menyusun dan
mempertingkatkan isi pelajaran agar mudah difahami oleh murid. Hal ini kerana, setiap murid mempunyai tahap masingmasing.
Sama ada tahap rendah, sederhana ataupun baik. Kefahaman yang berkesan terhadap sesi pengajaran dan
pembelajaran (P&P) agar diri setiap murid bersedia dengan ilmu di dada dalam melangkah dan menghadapi masa akan
datang. Penyediaan sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P) juga hendaklah menarik minat perhatian murid.
Murid akan berasa seronok dengan setiap aktiviti yang dilakukan. Rakan sebaya banyak menyokong dalam aktiviti yang
dilakukan terutama aktiviti berkumpulan. Murid-murid akan berkongsi aktiviti sesama mereka dan melakukannya dengan
rela hati dan bergembira. Sebagai contoh bermain bola sepak, bola jaring, tarian dan sebagainya. Seterusnya
menyediakan pelajaran yang bermula daripada yang senang kepada yang susah, daripada yang konkrit kepada abstrak,
dan daripada yang umum kepada khusus dan sebagainya. Sesuatu proses pelajaran adalah berperingkat-peringkat
mengikut setiap bab atau silibus subjek yang akan diajar. Ini dapat membantu kepada kefahaman murid, penghayatan
murid, penghafalan murid dan berikutnya pengamalan murid dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh subjek agama,
sains, pendidikan moral, pendidikan jasmani dan sebagainya. Guru juga berperanan dalam memotivasikan murid
dengan pelajaran yang menarik serta bermakna terutamanya kepada diri murid juga dalam kehidupan mereka. Peranan
guru memberi input yang berguna dan membantu perkembangan murid. Sebagai contoh cara-cara menggosok gigi.
Hendaklah menggunakan berus gigi yang masih elok untuk digunakan. Menggunakan ubat gigi yang bagus
kandungannya. Dan menggosok gigi dengan cara yang betul dan teratur. Tidak terlalu ganas dan menyakitkan. Hal ini
membantu kepada kebersihan mulut, keyakinan diri, mengelak penyakit mulut, gusi atau gigi, dan berdikari. Justeru itu,
melakukan penyerapan dan penggabungjalinan yang sejajar dengan pelbagai aspek perkembangan murid. Ini dapat
mengetahui di mana tahap pencapaian seseorang murid ataupun maklum balas daripada mereka sama ada apa yang
disampaikan atau diajar diterima dengan baik ataupun tidak. Dalam masa yang sama, meningkatkan ingatan murid
kerana pembelajaran adalah efektif dengan aras perkembangan mental mereka. Guru akan memberi nasihat dan
peringatan melalui penekanan dalam menyedarkan diri murid betapa pentingnya pelajaran kepada diri dan kehidupan
mereka. Guru perlulah meluangkan masa dengan cara mengambil sedikit waktu belajar, dengan mengisi slot seperti sesi
perbincangan, soal jawab, rumusan dan sebagainya. Guru juga perlu membimbing murid melakukan pemindahan
pembelajaran hasil daripada pemahaman konsep secara lebih jelas dan mendalam. Bantuan daripada guru dalam
tugasan yang diberikan amat membantu kefahaman murid berkenaan tentang apa yang diajar. Peranan ibubapa
dirumah juga diharapkan dan digalakkan dalam membimbing proses pembelajaran. Ini kerana ibubapa adalah orang
yang paling hampir dan memahami keperluan mereka. Guru sebagai tunggak utama membantu pengajaran dan
pembelajaran (P&P) murid-murid di sekolah. Peranan dan tugas ini amat berat dan mencabar dalam mencapai
perkembangan terhadap pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid di dalam bilik darjah. Setiap pendedahan pelajaran
adalah untuk membantu kepada pengenalan kendiri setiap murid berkenaan. Perkembangan jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial akan terbentuk dengan baik dan normal mengikut pertumbuhan seseorang individu selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Seseorang murid itu akan merasainya sendiri perubahan dalam kehidupan
seharian mereka . Perkembangan dan pertumbuhan akan seiring mengikut usia mereka. CIRI-CIRI PERKEMBANGAN
MENGIKUT PANDANGAN AHLI PSIKOLOGI ATAU TEORI YANG BERKAITAN Bahasa telah didefinasikan oleh
Wilhelm Von Humboldt yang merupakan seorang ahli psikologi berbangsa Jerman sebagai satu sintesis daripada bunyi
yang dibentuk oleh lautform yakni bentuk luaran dan fikiran yang dibentuk oleh idenform yakni bentuk dalaman.
Sementara itu, John B. Carol melihat bahasa dari sudut linguistik. Menurut beliau, bahasa adalah sistem berstruktur
daripada bunyi-bunyi vokal dan urutan bunyi-bunyi yang dipakai sewenang-wenangnya atau digunakan untuk
berkomunikasi oleh sekumpulan manusia. Menurut Chomsky lagi, bahasa adalah sejumlah kalimat yang terbatas. Setiap
kalimat tadi mempunyai panjang yang terbatas dan terdiri daripada unsur-unsur yang terbatas pula jumlahnya.
PERINGKAT KANAK-KANAK Mengikut Naapie Mat (1992), kanak-kanak di peringkat awal usianya memperoleh
Kelab Oum Cg Zul
http://zulmz65.freephphostonline.com Powered by Joomla! Generated: 12 May, 2010, 15:49
bahasa ibundanya dengan memanjangkan makna tertentu yang mungkin boleh difahami ataupun tidak. Pada mulanya
bayi memperoleh bahasa melalui tangisan dan sebutan yang ringkas seperti ‘ma’, ‘da’,
‘bah’, ‘pa’, dan sebagainya. PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK (2-6 TAHUN) Menurut
Vygotsky, pada umur 2 tahun, ayat yang dituturkan hanya terdiri daripada dua perkataan sahaja. Ini akan berlipat ganda
sebanyak dua kali ketika mencapai umur 3 tahun. Kanak-kanak yang berusia 3 tahun ke atas pula boleh dikatakan
sudah berupaya menyusun suku kata yang ringkas iaitu berdasarkan keperluan diri mereka atau yang biasa didengar.
Selepas itu, perkembangan bahasa kanak-kanak akan bertambah baik apabila mereka banyak melibatkan diri dengan
rakan sebaya dan memberi perhatian yang serius kepada orang yang sedang bercakap seperti ibu bapa mereka, guru,
adik beradik dan sebagainya. Menurut Brown & Chapman (1981), semasa kanak-kanak berusia 4 tahun
perbendaharaan kata semakin meningkat iaitu lebih daripada 1000 perkataan. Kanak-kanak yang menduduki kelas
tadika biasanya berupaya mendengar dengan teliti apa yang diajar oleh guru dan boleh menceritakan semula jika
disuruh. Menurut Garney (1975), kanak-kanak yang berusia 5 hingaa 6 tahun, sudah boleh menyusun kata-kata
dengan betul apabila bersama-sama dengan kumpulan rakan sebayanya. Mereka akan bermain bersama-sama,
bercerita, berjenaka dan bergurau dengan rakan sebaya mereka. PERINGKAT KANAK-KANAK (7-12 TAHUN) Pada
peringkat ini, kanak-kanak telah pun memasuki sekolah rendah. Penguasaan perbendaharaan kata telah meningkat,
telah menunjukkan penguasaan dan sebutan bahasa yang betul atau ‘standard’. Mereka boleh melahirkan
sesuatu pendapat melalui aktiviti lisan dan penulisan iaitu dalam bentuk ayat yang ringkas. Menurut Chomsky (1969),
semasa berada dalam darjah tiga. Kanak-kanak sekurang-kurangnya memperoleh sebanyak 30000 perbendaharaan
kata. Perbendaharaan kata ini akan bertambah melalui pembacaan, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan
juga pergaulan harian iaitu termasuk di rumah dan juga di sekolah. Kanak-kanak tidak lagi menumpukan pada diri sendiri
ketika menceritakan sesuatu.sebaliknya, mereka mula mengambil tahu tentang hal orang lain dan menceritakannya.
Kanak-kanak yang berusia 10 hingga 12 tahun, kebanyakkannya sudah boleh berkomunikasi dengan baik dan
seterusnya dapat membuat satu karangan pendek apabila diminta oleh guru. PERINGKAT AWAL REMAJA Menurut
Piaget, perkembangan mental remaja berada pada peringkat operasi formal. Mereka sudah mampu menyelesaikan
masalah konkrit dan abstrak. Mereka juga boleh membentuk hipotesis serta mengaplikasikan prinsip-prinsip dalam
menyelesaikan masalah. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah perlulah mencabar serta
mendorongkan. PERINGKAT AWAL REMAJA (12-15 TAHUN) Perkembangan bahasa praremaja peringkat ini pada
mulanya mencapai tahap yang baik iaitu mereka dapat menguasai gaya dan berbagai-bagai struktur ayat. Penguasaan
ini disebabkan mereka banyak membaca berbagai-bagai bahan bacaan termasuk akhbar, majalah, buku-buku cerita dan
juga buku-buku pelajaran. Murid-murid Melayu di Malaysia yang tidak pemalu serta cergas biasanya dapat
menunjukkan penguasaan dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. Mereka yang bersekolah Arab pula boleh menguasai
tiga bahasa, manakala murid-murid Cina boleh memahami dan bertutur dengan baik dalam tiga bahasa sekali gus iaitu
Cina, Melayu dan Inggeris. Menurut Saltz (1979), penguasaan bahasa yang tinggi membolehkan remaja berinteraksi
dengan orang dewasa serta bertukar-tukar pendapat. Ini memudahkan remaja menyelesaikan masalah sama ada konkrit
mahupun abstrak. PERINGKAT REMAJA (15-20 TAHUN) Peringkat remaja merupakan satu zaman peralihan dari
peringkat zaman kanak-kanak ke peringkat dewasa. Ia merupakan satu kumpulan anak muda yang berusia di antara 15
hingga 20 tahun. Sesetengah golongan remaja menganggap mereka tidak boleh lagi diperbudakkan kerana telah
menjadi seorang yang mempunyai kematangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Kematangan
tersebut menyebabkan mereka ingin mendapatkan kebebasan yang sebanyak mungkin tanpa pengawasan dan
seterusnya menunjukkan keidentitian yang tersendiri. Apa yang membimbangkan ibu bapa dan masyarakat ialah
golongan remaja sama ada yang sedang bersekolah atau tidak bersekolah, sudah mulai menyedari tentang
perkembangan mental-emosi mereka dan mental-emosi orang lain. Justeru itu, mereka sentiasa ingin tahu dan ingin
mencuba sesuatu yang baru. Konflik dalam diri inilah menyebabkan kehidupan golongan remaja penuh dengan
kegelisahan dan juga cabaran. Diri individu berkenaan yang memainkan peranan dalam membentuk identiti diri mereka.
Sama ada ke arah kebaikkan mahu pun keburukan.
Kelab Oum Cg Zul